Terus ke kandungan

Direktori contractor & sewa jentera serata dunia

Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 5 Oktober 2026

Dasar ni menerangkan maklumat apa yang Renomax Hub kumpul, kenapa, dan apa hak anda ke atasnya. Ia selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

1. Maklumat yang kami kumpul

Contractor yang mendaftar: nama perniagaan, e-mel, nombor telefon dan WhatsApp, alamat dan lokasi perniagaan (koordinat), kawasan liputan, penerangan perniagaan, logo dan gambar kerja, serta nombor dan dokumen pendaftaran syarikat yang anda hantar semasa mendaftar.

Client yang menghantar inquiry: nama, nombor telefon, e-mel (jika diisi), mesej, dan lokasi anda kalau anda memilih untuk berkongsinya.

Automatik: kami menyimpan hash alamat IP bagi penghantaran borang — bukan alamat IP itu sendiri. Hash tak boleh dibalikkan menjadi IP asal. Ia digunakan semata-mata untuk mengehadkan spam.

2. Lokasi anda

Bila anda tekan “Guna lokasi saya”, penyemak imbas akan minta kebenaran anda. Koordinat tu digunakan untuk mengira jarak dan menapis contractor yang kawasan liputannya merangkumi lokasi anda.

Sebagai client yang melayari tapak, koordinat anda tidak disimpan — ia digunakan untuk carian tu sahaja. Ia hanya disimpan kalau anda menghantar inquiry, dan dalam kes tu ia dikongsi dengan contractor yang anda hubungi supaya dia tahu kerja tu di kawasan mana.

Anda boleh menolak kebenaran lokasi dan tetap mencari mengikut kawasan.

3. Kenapa kami menggunakannya

  • Memaparkan listing contractor kepada client yang mencari.
  • Menghantar inquiry client kepada contractor yang berkaitan.
  • Mengesahkan e-mel dan mengurus akaun serta langganan.
  • Mengehadkan spam dan pendaftaran palsu.
  • Memahami kategori dan kawasan mana yang paling banyak dicari.
  • Mengukur iklan kami di Facebook, Instagram dan Google (hanya dengan persetujuan anda, lihat bahagian 9).

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.

4. Apa yang orang lain nampak

Maklumat listing contractor bersifat awam — nama perniagaan, telefon, WhatsApp, kawasan, kategori, penerangan dan gambar. Itulah tujuan direktori ni. Jangan letak maklumat yang anda tak mahu orang awam lihat.

Maklumat client tidak awam. Inquiry hanya dihantar kepada contractor yang anda pilih.

Dokumen pendaftaran syarikat tidak awam. Ia hanya boleh dilihat oleh admin kami dan anda sendiri, untuk tujuan pengesahan.

5. Berapa lama kami simpan

  • Akaun & listing: selagi akaun aktif, dan sehingga 12 bulan selepas ditutup — untuk pengaktifan semula dan rekod perakaunan.
  • Lead: 24 bulan, supaya contractor ada rekod perbincangan lampau kalau timbul pertikaian.
  • Rekod pembayaran: 7 tahun, seperti dikehendaki undang-undang cukai Malaysia.
  • Hash IP: 90 hari.

6. Keselamatan

  • Kata laluan disimpan sebagai hash scrypt, tidak pernah sebagai teks biasa. Kami sendiri tak boleh melihat kata laluan anda.
  • Sesi log masuk disimpan sebagai hash — kalau pangkalan data bocor, token dalam rekod tak boleh digunakan untuk menyamar sebagai anda.
  • Semua trafik melalui HTTPS.
  • Dokumen pendaftaran syarikat disimpan di luar direktori awam dan hanya boleh dicapai oleh admin serta pemiliknya.

Tiada sistem yang selamat sepenuhnya. Kalau berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memberitahu anda.

7. Pihak ketiga

  • Hostinger — hosting tapak dan pangkalan data (pelayan di luar negara).
  • Billplz / Stripe — pemprosesan pembayaran. Butiran kad dan perbankan diuruskan sepenuhnya oleh mereka; kami tidak pernah melihat atau menyimpannya.
  • E-mel — untuk pengesahan akaun dan notifikasi lead.
  • Meta Platforms (Facebook / Instagram) dan Google (Google Ads) — menerima data pengukuran iklan di bahagian 9, hanya jika anda menerima kuki pilihan. Mereka memprosesnya mengikut dasar privasi masing-masing dan boleh menyimpannya di luar Malaysia.

8. Hak anda di bawah PDPA

Anda berhak untuk:

  • Meminta salinan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda.
  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat.
  • Meminta maklumat anda dipadam.
  • Menarik balik persetujuan dan menutup akaun anda.
  • Menghadkan bagaimana kami memproses maklumat anda.

Contractor boleh mengemas kini kebanyakan maklumat sendiri melalui dashboard. Untuk yang lain, hubungi kami dan kami akan balas dalam masa 21 hari.

9. Cookie

Perlu (sentiasa): satu cookie sesi untuk mengekalkan log masuk contractor. Ia httpOnly (JavaScript tak boleh membacanya) dan tamat selepas 30 hari. Kami juga menyimpan pilihan kuki anda dalam storan peranti (localStorage) supaya anda tak ditanya setiap kali.

Pilihan (hanya dengan persetujuan anda): bila kami menjalankan iklan di Facebook, Instagram dan Google, kami boleh memasang Meta Pixel dan Google tag (Google Ads) pada halaman awam kami (bukan dalam dashboard contractor atau panel admin). Jika anda menekan “Terima”, ia menetapkan kuki (Meta: _fbp, _fbc; Google: _gcl_au, _gcl_aw, dan Google mungkin menetapkan kuki tambahan pada domainnya sendiri) serta menghantar kepada Meta dan Google halaman yang anda lihat, maklumat penyemak imbas dan peranti, alamat IP anda, serta sama ada anda telah siap mendaftar. Kami tidak menghantar kandungan borang, kata laluan, dokumen atau e-mel/telefon anda melaluinya; ciri pengesanan automatik Meta Pixel dimatikan. Tujuannya semata-mata untuk mengukur dan memperbaiki iklan kami.

Jika anda menekan “Tolak” (atau penyemak imbas anda menghantar isyarat Global Privacy Control), Meta Pixel tak dimuatkan langsung. Google tag hadir pada halaman kami tetapi dalam mod persetujuan “ditolak”: ia tidak menyimpan kuki dan ID klik iklan dibuang daripada permintaannya; Google mungkin masih menerima isyarat teknikal asas yang tidak menggunakan kuki (contohnya alamat halaman, jenis penyemak imbas dan alamat IP). Anda boleh menukar fikiran pada bila-bila masa melalui “Tetapan kuki” di bahagian bawah tapak. Anda juga boleh mengurus keutamaan iklan dalam tetapan akaun Facebook/Instagram anda.

10. Kanak-kanak

Tapak ni untuk perniagaan dan orang dewasa. Kami tidak mengumpul maklumat kanak-kanak bawah 18 tahun dengan sengaja.

11. Hubungi kami

Soalan privasi, atau nak guna hak anda di atas: admin@renomaxhub.com

Lihat juga Terma & Syarat.