Terus ke kandungan

Direktori contractor & sewa jentera serata dunia

Renomax Hub

Terma & Syarat

Kemas kini terakhir: 21 Ogos 2026

Terma ni mengawal penggunaan Renomax Hub. Dengan mendaftar atau menggunakan tapak ni, anda bersetuju dengan terma di bawah.

1. Apa itu Renomax Hub

Renomax Hub ialah direktori. Kami menghubungkan client dengan contractor dan pembekal sewaan jentera di Malaysia.

Kami bukan pihak kepada mana-mana kontrak antara client dan contractor. Kami tidak melaksanakan kerja, tidak mengesyorkan mana-mana contractor tertentu, tidak memegang wang bayaran kerja, dan tidak mengambil komisen daripada kerja yang diperoleh melalui tapak ni.

2. Akaun contractor

  • Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Maklumat yang anda berikan mesti benar — termasuk nama perniagaan, nombor telefon, lokasi dan kawasan liputan.
  • E-mel anda mesti disahkan sebelum listing kelihatan kepada orang awam.
  • Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan anda. Beritahu kami kalau anda syak akaun anda diakses orang lain.
  • Satu perniagaan, satu akaun. Listing pendua akan dibuang.

3. Langganan & pembayaran

Contractor baru mendapat percubaan percuma 14 hari. Selepas tempoh tu, langganan Silver berharga RM 99 setahun.

Bila trial atau langganan tamat dan pembayaran tidak dibuat, listing anda akan disembunyikan dari direktori. Data anda kekal — listing keluar semula sebaik pembayaran diterima.

Bayaran adalah untuk penyenaraian, bukan untuk jaminan jumlah lead. Bilangan lead bergantung pada kawasan, kategori, kelengkapan profil anda, dan permintaan sebenar di kawasan tu.

Yuran yang dibayar tidak dikembalikan, kecuali dikehendaki oleh undang-undang. Kami boleh mengubah harga pada masa depan; perubahan hanya berkuat kuasa pada pembaharuan langganan seterusnya.

4. Badge Verified

Badge “Verified” bermaksud kami telah menerima dan menyemak dokumen pendaftaran perniagaan (SSM) yang dihantar oleh contractor.

Ia bukan jaminan kualiti kerja, kemahiran, harga, atau kelakuan. Ia bermaksud satu perkara sahaja: perniagaan tu wujud secara berdaftar. Client tetap perlu membuat pertimbangan sendiri.

5. Kandungan yang anda muat naik

Anda kekal pemilik gambar, logo dan teks yang anda muat naik. Anda memberi kami lesen untuk memaparkannya di tapak ni dan dalam hasil carian.

Anda menjamin bahawa kandungan tu milik anda dan anda berhak menggunakannya.

Dilarang sama sekali:

  • Gambar kerja orang lain yang didakwa sebagai kerja anda.
  • Maklumat palsu tentang perkhidmatan, lesen atau pengalaman.
  • Kandungan menyinggung, menipu, atau melanggar hak orang lain.

6. Lead & tingkah laku

Lead yang anda terima mengandungi maklumat peribadi client. Gunakannya hanya untuk membalas pertanyaan tu. Menggunakannya untuk pemasaran pukal, menjualnya, atau menyerahkannya kepada pihak ketiga adalah pelanggaran serius.

Jangan hantar inquiry palsu, jangan cipta akaun palsu, dan jangan cuba memanipulasi kedudukan carian.

7. Penggantungan akaun

Kami boleh menggantung atau membuang listing yang melanggar terma ni, menerima aduan serius yang disahkan, atau memberikan maklumat palsu.

Bila boleh, kami akan beritahu anda dan beri peluang untuk menjelaskan. Untuk perkara serius — penipuan, atau bahaya kepada client — kami akan bertindak dahulu.

Anda boleh menutup akaun anda bila-bila masa dengan menghubungi kami.

8. Had tanggungjawab

Kerja dijalankan antara anda dan contractor secara langsung. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kualiti kerja, kelewatan, kerosakan, pertikaian harga, atau apa-apa kerugian akibat kerja yang diatur melalui tapak ni.

Kami cuba memastikan maklumat di tapak ni tepat, tetapi maklumat contractor dimasukkan oleh contractor sendiri dan kami tidak mengesahkan setiap butiran.

Setakat yang dibenarkan undang-undang Malaysia, tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

9. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ni. Perubahan penting akan diberitahu melalui e-mel atau notis di tapak. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.

10. Undang-undang & hubungi

Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa.

Soalan? sokongan@dev3.sysniaga.com

Lihat juga Dasar Privasi.